“Tak Simple, Ada Stail Sikit” – Kreatif & Menarik, Tudung ‘Visor’ Dijangka Jadi Pilihan Hijabis Untuk Raya 2024

Fesyen

“Tak Simple, Ada Stail Sikit” – Kreatif & Menarik, Tudung ‘Visor’ Dijangka Jadi Pilihan Hijabis Untuk Raya 2024

Biarpun kedengaran lucu, tudung fesyen visor dijangkakan akan menjadi pilihan utama para wanita hijabis pada masa kini.

Bukan gaya baru tapi kini trending

Tudung bawal yang dilipat dua menjadi awning di bahagian kepala bukanlah gaya yang baru saja diketahui tetapi kini ia menjadi trending dan mendapat gelaran ‘visor‘ kerana ia seakan-akan seperti memakai pelindung muka topi keledar dari bahagian tepi.

Advertisement

Kata penggaya tudung, Eka Jamaluddin, sejak awal tahun ini, dia sering mendapat permintaan gaya tudung visor yang pada mulanya dia sendiri tidak mengetahui gaya apakah itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sofea Shra (@sofeashra)

Selain tampak menarik, ia juga mudah digayakan jika mereka menggunakan fabrik dan corak tudung yang bersesuaian dengan pakaian atau baju raya mereka nanti.

Teruja tudung visor kembali popular

Eka turut meluahkan rasa gembira kerana gaya tudung visor ini kembali popular pada tahun ini kerana wanita berhijab sudah semakin kreatif menggayakan tudung empat segi, jika hendak dibandingkan dengan era tahun 2000-an.

Stail itu sangat senang digayakan, berbanding satu lapis yang nampak plain dan ringkas. Bila kita lipat jadi visor, nampak ada volume. Macam ada stail sikit.

Dalam pada itu, Eka berkata gaya tudung tersebut sesuai dengan jenis bentuk muka, memandangkan banyak pilihan fabrik selain ramai pempengaruh dan selebriti berkongsikan tutorial di media sosial.

che ta
10 months ago

"Ramai Selebriti Sanggup Sarung Tudung, Bukan Sebab Perintah Allah Tapi Sebab Bayaran. Nauzubilah" - Rozita Che Wan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Bernama

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...