Tak Sihat Atas Kapal, Nadzmi Adhwa Kongsi Keadaan Terkini Ardell Aryana – “Saya Baru Tahu Awak Kena Drip Air…”

Hiburan

Tak Sihat Atas Kapal, Nadzmi Adhwa Kongsi Keadaan Terkini Ardell Aryana – “Saya Baru Tahu Awak Kena Drip Air…”

Perkongsian aktor, Nadzmi Adhwa menyentuh hati ramai yang sebak selepas dia menulis tentang isteri tercinta, Ardell Aryana yang kini di atas kapal pelayaran menyertai misi kemanusiaan, Global Sumud Fortilla.

Menerusi Instagram, Nadzmi berkata dia baru mendapat tahu tentang keadaan kesihatan Ardell selepas dua hari tidak dapat menghubungi isterinya.

Advertisement

Saya baru tahu awak kena drip air rupanya. Tak bagitau kami sebab taknak susahkan hati kami disini kuat bertahan ye. Dah kurus dah awak.

Nadzmi Adhwa dan Ardell

Aktor berusia 32 tahun itu juga memuji semangat kental dimiliki isterinya dan turut berdoa agar semua individu yang menyertai misi berkenaan diberi kekuatan.

Tambah Nadzmi, orang ramai yang berada di Malaysia terutamanya ahli keluarga sukarelawan Sumud Fortilla yang di sana sentiasa mendoakan keselamatan mereka.

Ujian hebat tapi semangat juang awak memang luar biasa. Moga Allah Berikanlah kekuatan pada awak dan semua team Global Sumud Flotilla untuk terus mengharungi semua dugaan dan cabaran ini.

Ramai tersentuh dengan perkongsian Nadzmi dan mendoakan agar Ardell terus kuat selain memujinya kerana berani menyertai misi ini.

Dalam pada itu, sesetengah netizen berkata Ardell seorang yang bertuah kerana terpanggil untuk berjihad dengan cara ini dan turut mendapat redha suami.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ardell aryana
2025-09-21 11:33:34

“‘Jika Telefon Dibuang Ke Laut, Itu Tanda Saya Ditangkap" – Ardell Aryana

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...