“Tak Siapa Patut Dimalukan Seperti Ini”, Video Pengurus Telco Maki Staf Jadi Viral

Trending

“Tak Siapa Patut Dimalukan Seperti Ini”, Video Pengurus Telco Maki Staf Jadi Viral


Satu video yang viral di media sosial menjadi perbualan hangat apabila seorang pengurus yang bekerja untuk sebuah syarikat telekomunikasi telah menjerit seperti orang gila kepada stafnya menjadi viral.

Salah seorang staf itu pula sedang mengandung.

Advertisement

 

Video berdurasi 1:41 minit itu menunjukkan seorang wanita dipercayai ketua satu pasukan jualan untuk sebuah syarikat telekomunikasi terkenal memarahi staf kerana tidak mencapai sasaran jualan.

This is not a customer,this is a Maxis manager with the staff from r/malaysia



Salah satu sumber di bahagian komen video itu di Reddit memberitahu pernah bekerja dengan wanita menjerit itu yang dipanggil C. C dikatakan bersikap seperti kanak-kanak yang mengada-ngada, tidak profesional dan menjerit kepada staf bila berpeuang.

Seorang Netizen berkata menjerit sebegitu kepada seorang wanita yang sedang mengandung boleh menyebabkan keguguran.


Khabarnya, video ini sudah tersebar di kalangan kakitangan bahagian jualan syarikat telekomunikasi itu selama beberapa bulan, namun pihak pengurusan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap wanita itu. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...