“Tak Sia-Sia Bayar Photographer”, Netizen Kongsi Pengalaman Lucu ‘Gambar Rosak’ Di Majlis Konvokesyen

Trending

“Tak Sia-Sia Bayar Photographer”, Netizen Kongsi Pengalaman Lucu ‘Gambar Rosak’ Di Majlis Konvokesyen

Untuk setiap majlis konvokesyen, benda yang paling penting sekali mesti lah gambar untuk dijadikan kenangan. Ada yang sanggup upah jurugambar untuk abadikan kenangan di hari bersejarah ini.

Jadi disebabkan sekarang ini tengah musim konvokesyen, ramai juga yang kongsikan gambar graduasi mereka di media sosial. Antara perkongsian yang menarik perhatian ramai, ‘gambar rosak’ di atas pentas graduasi membuatkan netizen terhibur.

Advertisement

“Congrats, tak sia-sia 4 tahun belajar.. tak sia-sia bayar RM50. I am proud.” 

Advertisement

Haha ramai tanya takde ke biro protocol adjust or siapkan graduates. Jawapan dia ada dalam 10 orang macam model victoria secret da tapi bende tu beralun dan diorg yg setkan dkat kanan. Tunggu satu detik je inshallah tassel tu x tutup muke,sebab jalan pon berayun dan dorg suruh jln laju.

Dan rupa-rupanya ramai juga yang mengalami pengalaman yang sama ketika majlis konvokesyen mereka. Mana taknya, gambar atas pentas tu lah yang paling berharga sekali. Peluang sekali seumur hidup tu.

Bro nasib kita sama, yeah ada member.”

gambar konvokesyen

Kredit: Twitter

“Aku pun hampir-hampir dapat gambar macam ni bro. Nasib baik photographer duduk belah sana so dapat extension hidung je la.”

konvokesyen

Kredit: Twitter

“I punya lagi sedih! Bulu tu lah punya pasal sangkut kata mata time nak alih kan lah dia shoot! Haish dengan terkangkang lagi.”

konvokesyen

Kredit: Twitter

“Sama! Aku dah prepare 4 tahun untuk pastikan perkara mcm ni tak berulang lagi. Ni dikira peristiwa ngeri juga laa.”

konvokesyen

Kredit: Twitter

“Saya bayar RM120 dapat 2 pakej tido pastu lidah terjelir.”

konvokesyen

Kredit: Twitter

Ada juga yang lain daripada yang lain. Bukan ‘gambar rosak’ tapi tuan punya badan tak ada dalam gambar!

konvokesyen

Kredit: Twitter

Macam-macam gaya pun ada untuk konvokesyen ni rupanya. Walaupun gambar tak jadi macam yang disangka, ini pun boleh jadikan kenangan juga. Apa-apa pun, selamat bergraduasi!

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...