“Tak Setuju McDonald’s Halang Pelanggan Bukan Islam Bawa Masuk Kek Tiada Status Halal” – Menteri

Trending

“Tak Setuju McDonald’s Halang Pelanggan Bukan Islam Bawa Masuk Kek Tiada Status Halal” – Menteri

Susulan keputusan McDonald’s Malaysia baru-baru ini melarang pelanggannya dari membawa kek yang tidak ada status tanda halal masuk ke dalam premis, nampaknya menimbulkan rasa tidak senang hati ramai pihak.

Advertisement

Terbaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup dalam satu kenyataannya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu jaga perasaan rakyat bukan Islam kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

“Tindakan ini akan memecahbelahkan struktur masyarakat kita dan ia tidak akan mendatangkan sebarang manfaat dalam dasar Transformasi Negara (TN50) yang diasaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Dengan pelbagai larangan yang tidak bersesuaian akan menjejaskan negara Malaysia yang kita cintai. Kita mesti bersatu padu bagi memastikan TN50 mencapai matlamat,” kata beliau ketika ditemu ramah oleh Oriental Daily.

Dalam satu kenyataan balas pihak McDonald’s berkata, tujuan larangan berkenaan dilakukan adalah untuk menjamin status halal restorannya.

“Ia bagi memenuhi tuntutan kelayakan sijil halal kami dan kami mengesahkan mengenai beberapa keping gambar polisi kek hari jadi yang tersebar di media sosial baru-baru ini” jelas mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...