Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsi tentang wajah-wajah selebriti Malaysia yang pernah ditayangkan di ‘billboard’ gergasi Times Square, New York sempena kempen bulanan EQUAL Spotify.
Setakat ini, 6 penyanyi wanita telah berjaya menempa nama iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Yuna, Aina Abdul, Vanessa Reynauld, Dolla, Layla Sania dan Iman Troye.
7 Malaysian Singers have made on Billboard New York Times Square for EQUAL Spotify monthly Campaign
Yuna, Layla Sania, Iman Troye, Dolla, Vanessa Reynauld, Aina Abdul, Siti Nurhaliza pic.twitter.com/ONigiItdBj
— Ratu Balqis (@RatuBalqisah) May 19, 2022
Namun, segelintir netizen dilihat seperti tidak berpuas hati dan mempersoalkan tentang kelayakan Iman Troye.
Menurut golongan ini, penyanyi lagu Teman itu masih mentah dan tidak setanding nama-nama yang lain sehingga wajahnya terpampang di ‘billboard’ gergasi itu.
Malah, ada yang menyuarakan pendapat bahawa Iman itu ‘overrated’ sedangkan lagunya ‘biasa-biasa je’.
Bagaimanapun, sesetengah netizen berpendapat itu adalah rezeki masing-masing termasuklah Iman Troye.
Kata mereka, tidak perlu persoal atau ‘bitter’ hanya kerana artis tersebut tidak setanding dengan kehebatan penyanyi lain.
anonymous
May 23, 2022 at 11:23 am
sapa2 pon boleh muncul kat billboard tu omputih gelak guling2 retis mesia depa tak kenai pun takat yuna tu pun level retis ujung2 saja…sekian wassalam
julajulibintang3
May 23, 2022 at 8:48 am
tang mana die sengau??die blh nyanyi live dgn baik compare ngn Nabila Razali…mungkin die boleh g blajar vokal lg sbb die ade tone suara yg besar…cuma bila kerap die nyanyi lagu mcm budak2 tu org pandang sebelah mata jer…
salman kang
May 22, 2022 at 4:43 pm
Haih… melayu2… bior laaa muka dia ke kaki dia ke lutut sesapa pun la nak terpampang dokek billboard tuuu… bukan duit ngkau pun. Bukan letrik ngkau pun. Spotify punya management lagi arif dari ngkorang semua… kalau muka ngkau yg terpampang takpe la kannnnn walau takde menyumbang pape pong pd tanahair melainkan pendapat yg bangang sahajerr… tp itu la.. sbb bkn muke ngkau… busuk ati!