Penyanyi Naim Daniel yang kini juga bergelar pelakon khabarnya bakal muncul dengan lakonan terbaru di mana dia bakal menjadi seorang askar dalam naskah tersebut.
View this post on Instagram
Perkara tersebut dikongsikan Naim menerusi sebuah hantaran di Instagram yang memaparkan dirinya memakai seluar celoreng sambil memegang sebuah beg bagasi.
Namun, lain pula reaksi peminat dan pengikut media sosial Naim yang rata-ratanya tidak boleh menerima peranan dalam lakonan terbarunya itu.
Manakan tidaknya, ada peminat merasakan bahawa Naim terlalu kacak serta comel untuk menjadi seorang askar yang sinonim dengan karakter gagah perkasa.
View this post on Instagram
Meskipun begitu, ada juga antara peminat yang tidak sabar melihat penyanyi lagu Sumpah itu membawakan watak perajurit memandangkan dia belum pernah lagi melakonkan karakter seperti itu sebelum ini.
Ketika ditemui media, Naim berkata dia menerima secara terbuka apa sahaja komen dan pandangan peminat mengenai watak yang dibawanya itu.
View this post on Instagram
Malah bagi Naim, dia tidak menyangka akan diberi peluang untuk membawa karakter tersebut kerana tidak pernah langsung terlintas dalam mindanya sebelum ini.
“Cabaran baru buat saya untuk membawakan watak sebagai askar yang langsung tidak pernah terlintas sebelum ini. Saya okay je. Terima dan anggap ini sebagai cabaran dan pengalaman baharu dalam karier lakonan.” – Naim Daniel