“Tak Serik-Serik!” – Prince Syed Buat Hal Lagi, Tayang Perhiasan RM3.2 Juta Lepas Jadi Mangsa Samun

Kehidupan

“Tak Serik-Serik!” – Prince Syed Buat Hal Lagi, Tayang Perhiasan RM3.2 Juta Lepas Jadi Mangsa Samun

Baru sahaja berdepan insiden kehilangan barang kemas, personaliti media sosial Prince Syed sekali lagi menarik perhatian apabila mempamerkan koleksi berlian bernilai RM3.2 juta yang digayakan isterinya.

Dalam satu perkongsian di TikTok, Prince Syed menunjukkan isterinya menggayakan perhiasan mewah itu bersama busana rekaannya sendiri yang dihiasi batu Swarovski, dengan nilai keseluruhan mencecah RM75,000.

Advertisement

Wife menyarungkan perhiasan Diamond & Rose Quartz bernilai RM3.2 juta sahaja dan baju bertakhtakan Swarovski bernilai RM75,000 untuk ke Piala Jasmin Hajar.

“Saya buat baju ni dalam tempoh sehari sahaja last minit sebab saya busy sangat, cepat-cepat saya jahit dalam tempoh sehari,” katanya.

Penampilan isteri Prince Syed turut menerima pujian daripada warganet yang rata-rata mengagumi kecantikannya serta menyifatkan warna pakaian itu sangat padan dengan dirinya.

Terdahulu, Prince Syed pernah membuat beberapa laporan polis berkaitan kejadian kecurian, isu gangguan privasi dan hasutan yang menjejaskan perniagaan miliknya dan isteri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

prince syed nafi buat kerja haram
2025-07-23 12:14:23

"Memalukan Keturunan..." - Kaya Raya Kerana Buat Kerja Haram? Prince Syed Bersuara...

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...