Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tak Serik Langgar Undang-Undang, Aktivis Peguam Asiah Abd Jalil Gesa Neelofa Dan Suami Dipenjara

Asiah Abd Jalil

Aktivis dan juga peguam terkenal, Asiah Abd. Jalil tampil memberi kenyataan di mana tindakan undang-undang lebih tegas wajar diambil ke atas selebriti Neelofa dan suaminya, Haris Ismail kerana dilihat tidak serik-serik melanggar larangan merentas negeri apabila mereka berdua dilihat berkunjung ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Perkara tersebut sekali lagi mengundang kritikan netizen yang rata-rata beranggapan pasangan tersebut benar-benar memperlekehkan undang-undang yang ditetapkan kerajaan.

Advertisement
Neelofa haris karpetSumber : Google  

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik aktivis peguam tersebut di Facebook, Asiah meluahkan pendapat sudah tiba masanya pasangan suami isteri itu dikenakan hukuman lebih wajar selain kompaun semata-mata.

AsiahSumber : Facebook Asiah Abd Jalil  

Manakala Asiah dalam sebuah hantaran lain turut memberi sedikit bayangan ‘plot’ kebiasaan dilakukan selebriti dan juga usahawan itu berhubung isu rentas negeri yang dilakukannya.

Asiah Abd JalilSumber : Facebook Asiah Abd Jalil  

Tular dan kecoh di media sosial kelmarin apabila Neelofa tampil memuat naik beberapa video menerusi Instagram Story miliknya yang memaparkan dia berada di sebuah kedai menjual permaidani yang didakwa netizen bertempat di Nilai 3.

Neelofa KarpetSumber : Instagram Neelofa  

Setelah mengundang kritikan netizen, Neelofa dilihat telah memadam hantaran tersebut tidak lama kemudian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 Comments

  1. mas

    May 7, 2021 at 9:51 am

    contohi lh mizz nina tu..low profile segala segi..kaya pn kaya…ni dh berubah tp duk lagu tu jgk..lapaq perhatian.org naik meluat dah oii..pastu duk tayang bahagiaaaaa di dunia..nak tayang kat sapa sebenarnya tu..chil2 dah ar…dr dulu mmg aku bukan pemiat dia..xsuka cara dia gedik mcna xtau..semoga dia berubah jd matang..buat apa pn pikaiq bekali2 sebelum nk popst apa2..

  2. lalaal Raya

    May 5, 2021 at 11:58 am

    lopak “the babals 2021” byeeeee

  3. Anonymous

    May 5, 2021 at 10:47 am

    Neelofa “The UNTOUCHABLES”

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top