Aktivis dan juga peguam terkenal, Asiah Abd. Jalil tampil memberi kenyataan di mana tindakan undang-undang lebih tegas wajar diambil ke atas selebriti Neelofa dan suaminya, Haris Ismail kerana dilihat tidak serik-serik melanggar larangan merentas negeri apabila mereka berdua dilihat berkunjung ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Perkara tersebut sekali lagi mengundang kritikan netizen yang rata-rata beranggapan pasangan tersebut benar-benar memperlekehkan undang-undang yang ditetapkan kerajaan.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik aktivis peguam tersebut di Facebook, Asiah meluahkan pendapat sudah tiba masanya pasangan suami isteri itu dikenakan hukuman lebih wajar selain kompaun semata-mata.
Manakala Asiah dalam sebuah hantaran lain turut memberi sedikit bayangan ‘plot’ kebiasaan dilakukan selebriti dan juga usahawan itu berhubung isu rentas negeri yang dilakukannya.
Tular dan kecoh di media sosial kelmarin apabila Neelofa tampil memuat naik beberapa video menerusi Instagram Story miliknya yang memaparkan dia berada di sebuah kedai menjual permaidani yang didakwa netizen bertempat di Nilai 3.
Setelah mengundang kritikan netizen, Neelofa dilihat telah memadam hantaran tersebut tidak lama kemudian.