Baru-baru ini, kecoh di media sosial terutamanya di platform TikTok apabila satu keluarga membela ular sawa sebesar ‘anaconda’ di dalam rumah.
Bukan itu saja yang membuatkan netizen berasa gerun melihatnya, malah keluarga terbabit turut menempatkan haiwan peliharaan mereka itu di bawah katil dalam rumahnya.
Difahamkan melalui video yang dimuatnaik oleh salah seorang ahli keluarga itu, ular tersebut diberi nama ‘Miko’ dan menurutnya lagi, ular itu belum pernah menyerang manusia.
Biarpun gadis tersebut telah menjelaskan segalanya, netizen masih berasa ‘seriau’ melihat bertapa besarnya ular sawa terbabit dan dalam pada itu meminta agar mereka membuangnya dengan segera sebelum ia menyerang tuan rumah.
Tambahan lagi, ada juga netizen yang menasihati gadis itu dari sudut perspektif Islam bahawa ular tidak dibenarkan untuk dibela dan di letak dalam rumah.
Bagaimanapun, pemilik ular sawa tersebut mengatakan video dirakam ketika ia berada dalam rumah adalah selepas ular terbabit dimandikan dan ular itu akan diletakkan ke tempat asal setelah dibersihkan.