Golongan agamawan mahupun pihak berkuasa agama Islam tidak sepatutnya memandang hina kepada usahawan kosmetik, Sajat serta golongan sepertinya.
Menurut mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Mohd Noor, sebaliknya pihak berkenaan perlu bersimpati dengan golongan seperti itu dan cuba untuk menasihati mereka dengan baik serta bimbing mereka semampu yang boleh.
Katanya lagi, itu merupakan kewajipan kita sebagai orang Islam untuk membantu rakan seagama jika mereka sudah tersasar daripada landasan kehidupan yang sepatutnya.
Mereka mungkin sukar menerima nasihat kerana sudah terbiasa berada di jalan salah, namun inilah kewajipan kita untuk membantu sesama Islam.
Dalam pada itu, beliau turut menasihati Muhammad Sajjad atau Nur Sajat supaya menginsafi bahawa dia telah salah memilih gaya hidup yang menyimpang dari syariat Allah dan hukum tabii.
Terdahulu, media melaporkan Muhammad Sajjad telah pun ditahan oleh pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
unknown
September 27, 2021 at 2:17 pm
Simpati otak hg.. sampai ke Mekah depa tu p apa hampa buat? kes sajad bukan baru bertahun dah.. dh si mangkuk tu lari keluaq baru terhegeh2 nak cari.. yg selama ni elok dok ada sini hampa xmau cekup dia..
Kai
September 27, 2021 at 10:37 am
Bukan hina atau merendah kan kaum puak mcm sajat. Saya sendiri tmpt keje ada beberapa kawan mak nyah. Tapi yang saya geram bila dia mempermainkan agama. Pergi umrah pakai cara seorang perempuan. Tak cukup dia sorang, dia bawa pulak kawan2 dia. Dia nak buat ape..saya tak amek peduli tapi kalo dia dah memainkan agama..saya rasa pattern dihukum