Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyindir pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pagi ini.
Ahmad Fadhli turut menyifatkan pengumuman tersebut tidak sepadan dengan teaser kononnya ia merupakan satu pengumuman yang begitu besar.

Menurut MalaysiaGazette, Ahmad Fadhli berkata selain bantuan tunai one-off RM100 itu, pengumuman tersebut disifatkan sebagai biasa dan boleh sahaja diumumkan bila-bila masa.
Umpamanya, tidaklah padan dengan teaser yang ditayangkan seminggu sudah seolah-olah filem pecah panggung, rupanya filem cap ayam menggunakan software ciplak untuk proses editing.

Dakwa Ahmad Fadhli lagi, Anwar terpaksa membuat pengumuman bantuan tersebut segera kerana mahu mengurangkan momentum kemarahan rakyat menjelang himpunan aman Turun Anwar pada Sabtu ini.