Pelakon veteran Fauziah Ahmad Daud, atau lebih mesra dikenali sebagai Ogy, tampil membuat penjelasan susulan dakwaan bahawa dirinya pernah mengherdik guru vokal terkenal, Adzrin Adzhar, sehingga menyebabkan nama pemuzik itu dibuang daripada program seni.
Menurut Ogy, beliau tidak pernah mendengar sebarang kenyataan rasmi yang menamakan dirinya secara langsung dalam insiden tersebut. Justeru itu, beliau menegaskan bahawa tiada keperluan baginya untuk memberi respons selagi namanya tidak disebut.
“Selagi dia tak sebut nama saya, dia berada dalam zon selamat. Kalau tidak, peguam saya akan jawab,” jelasnya semasa ditemui pada sidang media program Asian Pop Stars di ASWARA, Kuala Lumpur
Tambah Ogy, pertemuan beliau dengan Adzrin hanya berlaku sekali ketika majlis sidang media konsert Ezad Lazim.
Mereka tidak pernah bekerjasama dalam mana-mana projek seni lain.Saya pernah bertemu dia di sidang media konsert Ezad Lazim itu sahaja. Kami tak pernah bekerjasama… mungkin netizen nampak saya paling popular,” tambahnya lagi.
Ogy turut menyifatkan bahawa ramai lagi antara pelakon veteran telah berada dalam industri lebih daripada beliau, sekaligus menafikan dakwaan seolah-olah beliau sahaja yang tergolong dalam golongan berkenaan.
Artis veteran ramai yang lima dekad, bukan saya seorang… mungkin netizen petik nama saya sebab popular.
Tegasnya, beliau sedia mendapatkan khidmat peguam untuk menyelesaikan sebarang dakwaan jika namanya diseret, namun tidak melihat asas untuk berbuat demikian selagi tiada nama dinyatakan secara jelas.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.