Kalau artis luar, tak kisah lah dari mana pun, sudah semestinya kena menghormati budaya dan agama di Malaysia kan?
Terbaru, kumpulan K-Pop iaitu NCT Wish bakal membuat kemunculan buat julang kalinya di Malaysia apabila mereka mengumumkan konsert ‘INTO THE WISH : Our WISH’ di Kuala Lumpur tak lama nanti.
Walau bagaimanapun, pengumuman itu dibanjiri kecaman peminat tempatan sejurus selepas ia dimuat naik di media sosial. Tapi kenapa?
7 March 2026 is Nuzul Quran and within the month of Ramadan 😯 pic.twitter.com/3wVUU8bVbW
— Malaysian Kpop Fans (MKF) (@msiakpopfans) July 21, 2025
Bakal berlangsung pada 7 Mac 2026, tarikh konsert itu sebenarnya jatuh di dalam bulan Ramadan pada tahun akan datang. Lantaran itu, ramai yang menghencap penganjur kerana kurang peka dengan sensitiviti keagamaan penganut Islam di Malaysia ini.
Kata peminat, “Macam mana kau boleh terfikir buat konsert masa bulan puasa. Tukar tarikh lah.”
Pun begitu, penganjur konsert berkenaan masih belum lagi memberikan sebarang respon mengenai hal berkenaan dan tuntutan peminat yang kecewa.