Pelakon Datin Seri Umie Aida terpaksa membayar RM1,000 disebabkan kesilapannya yang mengakibatkan dia didenda oleh Bahagian Biosekuriti New Zealand ketika tiba di Lapangan Terbang Auckland.
Meskipun terpaksa mengeluarkan jumlah sebesar itu disebabkan khilaf sendiri namun aktres berusia 51 tahun itu bagaimanapun menganggap pengalaman yang dilaluinya ini adalah takdir.
Menerusi hantaran di media sosial, Umie Aida berkongsi kisah mengapa dia didenda sejumlah itu meskipun tidak membawa apa-apa makanan ke negara tersebut kerana mahu urusan di kaunter imigresen mudah dan cepat.
Dijadikan cerita masa di lounge MAS Airline, saya ambik sebiji epal untuk makan dalam penerbangan sebelum tidur tetapi terlalu keletihan, saya terus tidur dan lupa bab epal.
Apabila sampai New Zealand, mereka (petugas) mbas beg. Ada epal jadi kita kena denda bayar NZD400 (RM1,024).
View this post on Instagram
Menerusi video dikongsikan Umie di Instagram, rakan-rakan artis dan kru produksi dilihat mengusiknya dan berkata epal dari Malaysia bukan calang-calang kerana mencecah RM1,000 sebiji.
Difahamkan Umie terbang ke New Zealand pada 1 Julai untuk menjalani penggambaran drama bersiri bersama beberapa pelakon lain termasuklah Nora Danish, Datuk Remy Ishak dan Fattah Amin.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.