Tak Senang Duduk Dalam Pawagam, F1 The Movie Filem Paling Gempak Untuk Tahun 2025!

Filem

Tak Senang Duduk Dalam Pawagam, F1 The Movie Filem Paling Gempak Untuk Tahun 2025!

Filem F1 The Movie arahan Joseph Kosinski ini (popular dengan filem Top Gun: Maverick) telah mencuri hati ramai penonton susulan mempunyai jalan cerita yang simple tetapi epik!

Gandingan hebat antara Brat Pitt & Damson Idris!

Pelakon Hollywood hebat iaitu Brat Pitt yang membawa watak Sonny Hayes merupakan seorang pemandu ‘old school’, di mana dahulunya merupakan pemandu hebat Formula 1 tetapi sudah lama meninggalkan ‘dunia’ tersebut.

Advertisement

Namun begitu, dia kembali ke dunia F1 selepas rakan pesaingnya iaitu Ruben Cervantes (lakonan Javier Bardem) meminta bantuannya dengan mengajak Sonny kembali ke dunia F1 demi menyelamatkan pasukan baru dimiliki oleh Ruben iaitu APXGP yang sedang tenat dan perlukan kemenangan untuk musim tersebut jika tidak, kumpulannya akan disingkirkan oleh lembaga pengurusan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Warner Bros. Malaysia (@warnerbrosmy)

Halangan terbesar buat Sonny bukanlah mengalahkan juara seperti Hamilton (yang juga penerbit filem ini), tetapi cabaran sebenar apabila dia perlu berkerjasama dengan rakan sepasukan yang jauh lebih muda iaitu Joshua Pearce (lakonan Damson Idris).

Jalan cerita yang membuatkan penonton tak senang duduk

Jika mengarah filem Top Gun: Maverick, Kosinski lebih fokus menceritakan hubungan antara ayah dan anak, tapi untuk F1 The Movie, dia lebih fokus untuk menceritakan kisah hubungan dua pesaing yang terpaksa menjadi satu pasukan.

Korang agak-agak apakah pengakhiran dua individu itu? Adakah APXGP berjaya memenangi perlumbaan dalam musim tersebut? Kalau nak tahu ending filem ini macam mana, jangan lupa tonton filem F1 The Movie di pawagam yang berdekatan ok?

surviving black hawk down dikritik
5 months ago

‘Surviving Black Hawk Down’ Di Netflix: Kenapa Hanya Tentera AS yang Diangkat, Tapi Peranan Askar Malaysia Dinafikan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...