“Tak Semua Suka Tengok Kita Bahagia..” Faradhiya Akui Tak Gemar Jaja Kehidupan Peribadi Di Media Sosial

Hiburan

“Tak Semua Suka Tengok Kita Bahagia..” Faradhiya Akui Tak Gemar Jaja Kehidupan Peribadi Di Media Sosial

Pelakon dan penyanyi, Farahdhiya mengakui dirinya tidak gemar ‘menjaja’ kisah peribadi dan menganggap tidak semua yang berlaku dalam hidupnya boleh dikongsikan kepada orang ramai.

Lebih memilih untuk menjaga privasi, Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin,36, mengatakan apa yang ditunjukkan di media sosial hanyalah sebahagian kecil dikongsikan kepada umum.

Advertisement

Menulis panjang lebar ketika mengulas perkara tersebut, Farahdhiya mengakui telah diajar untuk menjaga kerahsiaan kehidupan peribadi sejak 16 tahun lalu apabila dipesan oleh arwah bapanya ketika dia mula menjejak kaki ke dunia hiburan.

“Saya seorang yang menjaga privasi. Saya menjaga privasi kehidupan peribadi saya sejak 16 tahun yang lalu, ini merupakan pesanan arwah ayah saya dari mula masuk bidang hiburan. Kena ingat, bukan semua suka tengok kita bahagia, tengok kita berjaya. Orang zaman sekarang pelik-pelik. Mengadulah kepadaNYA, kerana Dia sebaik-baik pendengar..”

Tambah penyanyi lagu Bertakhta Di Hati ini lagi, dia tidak gemar menunjuk terlalu banyak kisah peribadinya di media sosial kerana beranggapan bahawa tidak semua orang di luar sana berasa senang hati dengan setiap tindakan yang dilakukan.

Dia dalam pada itu turut mengambil pendekatan untuk menyekat sesiapa sahaja yang membawa pengaruh negatif serta mereka yang melampaui batas di platform media sosial miliknya.

Perkembangan terkini, Farahdhiya bakal muncul dalam filem berjudul Mulut Masin hasil arahan pengarah terkenal Razaisyam Rashid. Filem tersebut bakal menemui penonton bermula 19 November ini melalui saluran Astro First.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...