Perkongsian bekas suami kepada pelakon terkenal Nora Danish, Nedim Nazri sememangnya menjadi tumpuan ramai apatah lagi apabila bekas isterinya itu didakwa sedang menjalinkan hubungan cinta baharu bersama seseorang.
Dilihat seering melayan peminat dan pengikutnya di aplikasi Threads, satu hantaran Nedim seperti sudah mencuri perhatian ramai.
Dalam hantaran awal, Nedim berkata dia reda apabila sering disekat dan kemudiannya ‘diunblock’ kembali oleh seseorang.
Kata Nedim lagi, dia hanya bertahan apabila memikirkan dirinya seorang lelaki.
Hantaran itu kemudiannya mengundang pelbagai spekulasi ramai.
Maklum dengan ‘kekecohan’ kecil itu, Nedim kemudiannya tampil menjelaskan bahawa status tersebut tidak ditujukan kepada seseorang yang difikir netizen.
Saya rasa ramai dah fikir bukan-bukan ni. Not everything is about that person eh. Kadang saya marah mungkin untuk kawan saya, yang rapat dengan saya. So saya tengok replies korang tak betul tu..
Selepas tujuh tahun bersama, pelakon Nora Danish dan Nedim Nazri sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 19 Jun 2024.
Pasangan yang berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak, Mohamed Neqayl, berpisah secara baik dengan persefahaman kedua-dua pihak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.