Sejak kebelakangan ini, banyak pula kes membabitkan orang ketiga dalam masalah rumah tangga pasangan selebriti di negara kita.
Hal tersebut secara tidak langsung memberi impak kepada kehidupan orang lain dan rakan artis turut meluahkan pandangan mereka berhubung isu ini.
Penyanyi dan cef celebriti, Datuk Fazley Yaakob turut memberikan pendapatnya ketika ditanya wartawan mengenai orang ketiga.
Katanya, ia merupakan pilihan yang terletak di tangan individu yang melaluinya sama ada mahu membenarkan orang ketiga hadir atau pun menolaknya.
Kalau kita nak diganggu, kita benarkan gangguan, itu adalah pilihan. Tetapi jangan kita letak ketepi memang ada rumah tangga yang bermasalah.”
Fazley juga turut berkata sebelum menyalahkan semua pihak tidak kiralah orang ketiga atau pasangan suami isteri itu sendiri, lebih baik kita memahami situasi secara menyeluruh.
Jelas Fazley lagi, dia yakin kebanyakan masalah rumah tangga itu adalah pilihan dan mereka yang melaluinya boleh pilih untuk menerima orang ketiga atau untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga bersama pasangan.
Tidak semua penyondol itu bersalah dan tidak semua yang disondol itu juga bersalah kerana dalam rumah tangga ada elemen elemen yang tidak diceritakan pada orang luar….
…Kita lupa bahawa tidak semua rumah tangga yang kita tengok cantik itu cantik pada azalinya…”