Lambakan kit ujian kendiri COVID-19 di pasaran pastinya sedikit sebanyak membuatkan kita ‘pening’ dan keliru untuk memilih yang terbaik kerana kadang-kadang ada diantaranya palsu dan tidak mendapat kelulusan daripada KKM.
Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila ada netizen yang membuat sendiri ujian saringan COVID-19 menggunakan self-test kit ini namun mendapat keputusan yang berbeza dan tidak tepat.
Dalam sebuah perkongsian yang dibuat oleh seorang individu yang dikenali sebagai Dr Muiz Murad ini, dia ada menyenaraikan beberapa jenama self test kit sebagai panduan untuk pengguna.
from one of my whatsapp group on recommended brand to buy. the green ones are the better ones apprently.
"My doc friend punya patients ramai -ve bila guna yg kiri but +ve bila guna kanan & buat PCR.." feedbacks are welcome. ?? https://t.co/dXNQmeZ4fB pic.twitter.com/guTfx76BZZ— Dr Muiz Murad (@drmuizmurad) February 20, 2022
Dalam hantaran yang dimuat naik di Twitter miliknya itu, Muiz telah menunjukkan jenama yang mengeluarkan keputusan positif dan negatif apabila digunakan oleh pengguna.
Yang bertanda hijau adalah lebih baik digunakan. ” Kawan doktor saya punya pesakit yang ramai mendapat keputusan negatif bila menggunakan yang kiri namun positif apabila guna yang di sebelah kana & buat PCR.”
Meninjau ruangan komen, ramai warga maya berkongsikan pengalaman menggunakan self- test kit dan masing-masing memberi jawapan yang sama seperti yang diperkatakan Muiz iaitu keputusan negatif diperoleh ketika melakukan ujian sendiri namun keputusan positif setelah membuat ujian PCR.
Sebagai kesimpulan, ada yang beranggapan bahawa orang ramai perlu menggunakan lebih dari satu alat ujian kendiri di rumah untuk mendapat keputusan yang sebaiknya.
Namun jika bergejala segera lakukan ujian saringan di klinik ataupun hospital.