Semalam, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha memaklumkan dirinya sudah tidak lagi bekerjasama dengan beberapa jenama antarabangsa yang pro Israel kerana memikirkan nasib saudara Islam di Palestin.
Dipuji warganet
Jika sebelum ini teruk dikecam ramai susulan bekerjasama dengan jenama pro Israel, kini tindakan Daiyan menamatkan kontrak tersebut telah dipuji oleh warganet.
Thank you for the reminder. My stance remains. 🇵🇸 pic.twitter.com/mdpnO5PruL
— Daiyan Trisha (@daiyantrisha) May 16, 2024
Rata-rata netizen memuji keberanian aktres tersebut menamatkan kontrak secara drastik dan mengakui kesalahan diri.
Tak semua artis boleh buat
Malah, warganet turut berkata tidak semua selebriti di Malaysia mampu mengambil keputusan seperti itu dan mendoakan agar dia dilimpah kurniakan rezeki lebih banyak selepas ini.