Tak Sempat Sertai Pertandingan Jun Ini, Ahli Bina Badan Wuhan 72 Tahun Maut Akibat #Coronavirus

Trending

Tak Sempat Sertai Pertandingan Jun Ini, Ahli Bina Badan Wuhan 72 Tahun Maut Akibat #Coronavirus

Seorang ahli bina badan berusia 72 tahun dari Wuhan, China meninggal dunia akibat jangkitan coronavirus pada 6 Februari, media China melaporkan. Berita mengenainya mengejutkan ramai pihak kerana lelaki 72 tahun itu dikenali dengan gaya hidup aktif dan cergas.

Pada 18 Januari, Qiu Jun bersenam di gimnasiumnya seperti biasa. Pelajar-pelajarnya sedikit bimbang tentangnya memandangkan virus Wuhan telah mula merebak dengan cepat di bandar itu. Mereka memberitahunya untuk tidak terlalu lama tinggal di gimnasium.

Advertisement

Apabila semua diberitahu bahawa virus itu boleh dijangkitkan sesama manusia, Qiu Jun masih pergi ke gimnasium dan enggan memakai topeng.

Dia sepatutnya menyertai satu pertandingan bina badan pada bulan Jun, iaitu pertandingan yang sama di mana dia memenangi tempat kedua untuk kategori warga emas pada 2019. Dia ingin terus bertanding sehingga usianya 80 tahun.

Pada 23 Januari, bandar Wuhan telah ditutup, menyebabkan Qiu Jun tidak lagi punya pilihan selain berhenti ke gimnasium.

Keesokan harinya, Qiu Jun diserang demam, tidak berselera makan, dan diletakkan dalam pengasingan di rumah. Beberapa hari kemudian, Qiu Jun berasa sangat lemah dan dibawa ke hospital di mana dia didiagnosis dengan jangkitan paru-paru.

Simptom terus muncul dan demamnya menjadi semakin teruk pada Februari dan dia kemudiannya diletakkan dalam kuarantin di Hospital Red Cross pada 2 Februari selepas didapati positif coronavirus.

Bagaimanapun, empat hari kemudian, Qiu Jun berhenti berlawan dan meninggal dunia.

Qiu Jin telah menjadi penggemar kecergasan sejak dua dekad lepas. Sejak bersara pada 2003, dia telah bertanding dalam pertandingan bina badan dan bersaing dengan pemuda-pemuda berusia 20-an.

Dia bersenam dengan  kerap dan sebagai ahli bina badan sepenuh masa, dia mengamalkan diet yang ketat supaya lemak badannya sentiasa rendah.

Anak Qiu Jun berkata:

Bapa kami yang tidak pernah jatuh sikit tidak berdaya melepaskan diri dari nasib malang ini.

Selemat berehat Qiu Jun.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...