Tak Sempat Sahur, Anggota Tentera Meninggal Dunia Gara-Gara Disuruh Buat ‘Commando Rest’ Oleh Senior

Berita

Tak Sempat Sahur, Anggota Tentera Meninggal Dunia Gara-Gara Disuruh Buat ‘Commando Rest’ Oleh Senior

Seorang anggota tentera dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan dalaman yang dipercayai berpunca daripada penderaan oleh anggota senior di sebuah kem di Miri, kelmarin, memetik Harian Metro.

Anggota berusia 21 tahun dari Puchong, Selangor itu disahkan meninggal dunia di Hospital Miri.

Advertisement

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, mengesahkan kejadian tersebut, namun tidak memberikan butiran lanjut mengenai status anggota senior yang terlibat dalam siasatan.

anggota tentera maut mangsa ragging

Difahamkan, pada jam 2.15 pagi Isnin lalu, mangsa yang sedang tidur di berek bujang kem berkenaan telah dikejutkan oleh dua anggota senior untuk bersahur.

Sebelum bersahur, mangsa diarahkan oleh mereka untuk melakukan “commando rest” (pacak kepala di lantai, tangan ke belakang) selama dua minit dan melakukan 20 kali tekan tubi.

Advertisement

Selepas itu, mangsa yang berpeluh berdiri tetapi tiba-tiba pitam. Kejadian tersebut kemudian dilaporkan kepada seorang anggota berpangkat Koperal yang bertugas sebagai ketua bilik bujang di berek berkenaan.

Mangsa segera dibawa ke Hospital Miri, namun disahkan meninggal dunia pada jam 3.05 pagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

5 hari lalu

Basikal Budak Dicampak Dari Tingkat 12 PPR, Wanita Menderita 5 Jahitan Akibat Kecederaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.