Seorang wanita warga emas tidak sempat membuang undi apabila dia tiba-tiba rebah selepas mencelup jarinya ke dalam dakwat di pusat pembuangan undi (PPU) SK Rokan, Tampin, Negeri Sembilan.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata mangsa berusia 83 tahun hadir untuk mengundi bersama-sama dengan ahli keluarganya yang lain.
Namun, sesudah dia mencelup jari di Saluran 1, wanita terbabit tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Gemencheh.
Wanita warga emas berkenaan telah sedarkan diri namun paras oksigen didapati menurun.”
Malangnya, dia tidak berjaya diselamatkan meskipun bantuan asas hayat (CPR) telah dilakukan oleh pembantu pegawai perubatan di klinik terbabit.
Menurut keluarga, arwah ada mengadu mengalami sakit pada bahagian kaki sejak balik dari mengerjakan umrah dan hari ini ketika sampai di tempat mengundi, warga emas itu berjalan dari kereta ke saluran 1.
Terdapat rekod perubatan si mati adalah pesakit darah tinggi. Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Tampin utnuk bedah siasat.”
Klik pautan ini untuk ketahui update terkini PRN 2023.