Tak Sempat Fikir Panjang, Bayi Dilahirkan Atas Perahu Dinamakan Siti Noor Banjiriah

Kehidupan

Tak Sempat Fikir Panjang, Bayi Dilahirkan Atas Perahu Dinamakan Siti Noor Banjiriah

Akibat cemas ketika situasi banjir, seorang wanita menamakan anaknya Siti Noor Banjiriah, di atas perahu.

Lapor portal Tribun News, saat kelahiran itu di rakam seorang lelaki secara spontan sebelum paras air naik dan menenggelamkan beberapa wilayah di Kalimantan Selatan, Indonesia.

Advertisement

Ibu kepada bayi, Ernawati dibantu dua orang bidan kerana tidak sempat untuk ke hospital dek banjir yang teruk dan jalan ditutup. Disebabkan rasa sakit yang kuat, dia terpaksa melahirkan bayinya dalam situasi genting.

Seorang bidan bernama Arfat turut menceritakan detik cemas itu berlaku kerana rahim ibu itu sudah terbuka setelah naik ke perahu.

“Ketika kami datang, rahimnya sudah terbuka habis dan sudah sedia untuk melahirkan”

“Kerana dia (bayi) dilahirkan ketika musim banjir, jadi bayi itu dinamakan Siti Noor Banjiriah”

Bayi dengan berat 3.3 kilogram dan panjang badan 50 sentimeter itu dilaporkan selamat bersama ibunya.

Besar sungguh pengorbanan seorang ibu ya. Jadi, hargailah ibu kita selagi hayat dikandung badan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...