Ratu etnik kreatif Malaysia, Noraniza Idris yang lebih mesra disapa sebagai Kak Ani mengakui bahawa dirinya masih belum berkesempatan untuk berehat usai sahaja program nyanyian Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) melabuhkan tirainya baru-baru ini.
Tambah Noraniza, dia kini mempunyai pelbagai program yang tersusun khas sejak tamatnya GV7 pada pertengahan Disember yang lalu.
View this post on Instagram
Kak Ani dalam pada itu turut meluahkan rasa kesyukuran kerana kemunculan semula dia dalam industri hiburan sedikit sebanyak dapat menggembirakan peminat yang sentiasa memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat dirinya.
Perkara itu dikongsikan penyanyi lagu Dikir Puteri itu menerusi akaun Instagramnnya, baru-baru ini.
View this post on Instagram
“Hari ni Kak Ani rushing untuk #FestivalMuzikAJL pula. Nampaknya memang takde rehat langsung lepas habis GV ni. Tak sempat lagi nak bercuti. Tapi takpelah, something untuk semua peminat Kak Ani. Korang tunggu rancangan istimewa ini akan datang Januari depan di @tv3malaysia ok!”
Sekadar mengimbas kembali, tamat sahaja program GV7, Noraniza Idris bersama-sama dengan penyanyi Wany Hasrita dan Shiha Zikir telah tampil membuat persembahan istimewa di pentas Anugerah MeleTOP ERA 2020 (AME2020) pada 20 Disember yang lalu. Dia juga kini bergelar duta bagi sebuah produk telekomunikasi dan minuman kesihatan.