Pelakon jelita, Mira Filzah memaklumkan bahawa dia masih belum berkesempatan untuk menikmati bulan madu bersama suami tercinta semenjak bergelar isteri.
Sehubungan dengan itu, Mira yang ditemui OhBulan! memberitahu bahawa dia merancang untuk melancong ke Eropah selama sebulan bersama Wan Emir Astar, 31, bermula minggu hadapan.
Kata Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, ini waktu terbaik untuk dia dan suami bercuti panjang di luar negara kerana sempadan negara sudah dibuka.
Sejak kahwin kami memang tak sempat lagi bercuti bersama. Sebelum ini, dalam negeri ja boleh pergi.
Mula minggu depan saya akan bercuti selama 4 minggu ke Eropah. Salah satu destinasi adalah Finland, memang snowy punya tempat. Kiranya, ini adalah bulan madu dengan suami.
Meskipun begitu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini tetap meluahkan rasa risau untuk bercuti ke luar negara berikutan wabak pandemik COVID-19.
Namun ujar Mira, apa yang penting adalah kewajiban untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) walau di mana sahaja kita berada.
“Sampai bila nak tunggu COVID-19 berakhir? Jadi, kita teruskan saja hasrat ini sambil kekal menjaga kesihatan kendiri dan SOP..” katanya.
Terdahulu, Mira Filzah dan Wan Emir Astar telah selamat mendirikan rumah tangga pada 3 September tahun lalu.