Penyanyi Amira Othman mengakui dia jarang mengikuti perbincangan di platform Threads kerana merasakan suasananya agak toksik.
Namun, Amira mendedahkan ada peminat yang tetap menghantar semula komen negatif mengenai dirinya.
“Saya memang tak ambil tahu sangat apa yang jadi di Threads, sebab saya rasa sangat toksik la tapi sudah tentu ada peminat yang foward.”
“Saya pun tak tahu kenapa macam itu. Tapi biasalah, adat la menjadi anak seni ini, ada orang suka dan sebaliknya. Dan pada saya, kalau dia tak suka itu, pusing macam mana pun dia mesti tak suka, kan?”
“Ini jap lagi keluar headline ini pun mesti ada orang tak suka, kan? Jadi, saya tak nak terlalu beri perhatian kepada perkara yang negatif. Pada saya, ia akan memenatkan kepala saya.”
“Saya tak nak fokus pada perkara yang negatif ini. Pada akhirnya, yang sokong kita adalah orang yang suka kita. Yang tak suka ni, saya tak boleh buat apa.”
Dalam masa sama, Amira berpendapat isu cyberbully kini semakin melampau dan tidak wajar dinormalisasikan walaupun terhadap selebriti.
“Saya rasa cyberbully ini dah melampau-lampau. Tak semestinya saya diam, saya boleh dibuli. Cyberbully bukan sesuatu perkara yang baik dan tidak elok dilakukan.”
“Sekalipun menggunakan akaun palsu. Bagi saya, walaupun kita public figure tapi kita juga manusia… jadi tak baik la. Saya tak boleh nak kawal orang tak suka saya.”
Amira turut mendedahkan serangan seperti itu bukan kali pertama berlaku, malah dia pernah dihina dengan kata-kata kesat ketika membuat siaran langsung.
“Bukan pertama kali mereka serang saya ketika membuat live. Pelbagai perkataan yang mereka guna… sundal ada, bodoh dan macam-macam la.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

