‘Tak Sedar Diuntung’! Luahan Che Nom Tentang Anak Saudara Tikam Belakang Raih Perhatian – “Tiba-Tiba Dia Report Saya Ke…”

Trending

‘Tak Sedar Diuntung’! Luahan Che Nom Tentang Anak Saudara Tikam Belakang Raih Perhatian – “Tiba-Tiba Dia Report Saya Ke…”

Pempengaruh masakan popular, Che Nom meluahkan kekecewaannya apabila kebaikan dilakukan terhadap keluarga tidak dihargai.

Menerusi Facebook, Che Nom menulis panjang dan menceritakan apa yang berlaku dan segalanya bermula apabila dia mengambil anak saudara untuk bekerja dengannya membantu bisnes kecilnya.

Advertisement

Che Nom buat bisnes kecil-kecilan je, bisnes keluarga, niat memang nak bantu ahli keluarga sendiri.

Che Nom

 

Tak pernah berkira

Ujar Che Nom lagi, meski tiada kelulusan berkaitan perniagaannya itu dia tidak kisah mengambil anak saudara bekerja kerana sejak kecil sudah rapat dengannya.

Dia juga turut mengajar anak saudaranya itu tentang kamera dan segala yang berkaitan dengan suntingan video.

kamera Che Nom guna untuk shooting

Besarkan dia dari kecil. Basuh berak, hantar pergi sekolah, masak setiap hari. Bila dah besar sikit, ambil kerja sekali sebab nak bagi peluang, nak bagi dia survive kat Klang Valley ni. Kita bagi fixed income bulanan supaya hidup dia senang sikit kat sini.

 

Bayarkan visa, duit poket umrah

Selain membayarkan visa, Che Nom juga turut memberi cuti sebulan bergaji ketika pergi menunaikan umrah serta memberikan anak saudaranya duit poket.

Bagaimanapun, pertolongannya bukan sahaja tidak dihargai tetapi juga Che Nom seperti dikhianati apabila anak saudaranya membuat aduan mendakwa dia tidak menjaga kebajikan pekerja.

Semua sebab nak bantu ikhlas hati. Tiba-tiba, dia boleh pergi report ke JTK dan KWSP guna bayaran tetap bulanan sebagai bukti. Lepas tu ni pula tiba-tiba dapat surat saman dari Jabatan Tenaga Kerja, bertambah-tambah kecewanya.

 

Nak tolong keluarga tapi ditikam belakang

Kecewa dengan tindakan anak saudaranya itu, Che Nom meluahkan kesedihannya apabila ditikam belakang oleh keluarga sendiri.

Hantaran itu meraih perhatian ramai dan rata-ratanya mendoakan agar Che Nom terus kuat serta urusannya dipermudah.

Dalam pada itu, ramai turut berharap agar isu tersebut dapat diselesaikan dan menasihati Che Nom untuk terus ‘move on’ serta tidak lagi mengambil ahli keluarga untuk bekerja.

komen netizen komen netizen

Dimalukan di tempat kerja dikira jenayah
2025-07-17 17:16:13

Dibuli Atau Dimalukan Depan Staf Lain? Mulai 11 Julai 2025, Gangguan Di Pejabat Dikira Jenayah - "Alasan ‘Melawak’ Dah Tak Relevan"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...