Sebelum ini, tular beberapa video di media sosial mempamerkan pelanggan wanita berjoget sakan untuk mendapatkan manisan Arab di sebuah premis.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga telah mengeluarkan kompaun dan menyita premis terletak di Bukit Bintang itu kerana beroperasi tanpa lesen yang sah.
Semalam, satu video tular menunjukkan dua pekerja kedai manisan itu tidak berpuas hati dan bertekak dengan pegawai DBKL di lokasi yang sama.
Difahamkan, video tersebut dirakam ketika hari kejadian premis terbabit disita dan tindakan dua lelaki dipercayai berasal dari Arab itu mengundang kemarahan warganet.
Sempat gaduh-gaduh sebelum kena sita. Siap sekolahkan pasal undang-undang Malaysia ya dia.”
Oh sempat gaduh-gaduh staff Zaitoun Bukit Bintang ni sebelum kena sita haritu.
Amboi siap sekolahkan orang pasal undang-undang Malaysia ya dia ? https://t.co/BS7cZxs0o5 pic.twitter.com/4gRBwALsRK
— ?Arif E.? (@arfdy12) August 22, 2023
Tindakan staf kedai tersebut bertekak dengan pegawai tersebut membuatkan ramai berang dan melabelnya berlagak serta kurang ajar.
Malah, ramai individu berpendapat warganegara Arab yang berada di Malaysia ini mempunyai perangai yang degil dan sesuka hati sedangkan mereka pendatang.