Tak Sedar Dah 13 Tahun Berumah Tangga, Rosnah Mat Aris Didakwa Sorok Suami ‘Dalam Almari’

Hiburan

Tak Sedar Dah 13 Tahun Berumah Tangga, Rosnah Mat Aris Didakwa Sorok Suami ‘Dalam Almari’

Pelakon senior, Rosnah Mat Aris,66, yang sebelum ini telah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki yang lebih muda pernah menjadi bahan umpatan dan jenaka malah ada yang bermulut lancang mengatakan bahawa mahligai yang dibina itu tidak akan kekal lama dan bahagia.

Rosnah Mat ArisSumber : Instagram Rosnah Mat Aris  

Namun, dalam tidak sedar, sudah hampir 13 tahun pelakon wanita berbakat ini benikah dengan suaminya kini iaitu Tajul Efendie Isa,40. Namun, bukan sahaja Rosnah yang menerima tempias, malah Tajul juga turut menjadi bahan umpatan apabila keputusannya untuk berkahwin dengan pelakon itu dikatakan hanyalah disebabkan nama dan harta.

Advertisement

Siapa sangka, Rosnah Mat Aris yang mesra disapa sebagai Kak Ros menganggap Allah sebagai sebaik-baik perancang kerana masih bahagia bersama suaminya sehingga kini.

Rosnah Mat ArisSumber : Google  

“Kehidupan kami sangat bahagia. Boleh dikatakan sepanjang 13 tahun berkahwin, tiada langsung ujian besar dihadapi. Walaupun perbezaan usia lebih 26 tahun, tetapi suami sangat matang. Saya masih ingat kata-kata yang membuatkan saya tersentak. Baginya, dia memilih saya bukan soal usia mahupun paras rupa, tetapi lebih kepada hati. Jika pandang rupa, ia tidak akan kekal lama. Begitu mendalam kata-katanya. Apapun, segalanya sudah disusun Allah dan saya hanya mampu mengungkapkan rasa syukur atas kurniaan ini..”

Rosnah yang namanya mula dikenali setelah membintangi drama bersiri Rumah Kedai ini menambah, rahsia kebahagiaan rumah tangga yang dikecapinya kini adalah datang daripada perasaan toleransi, tidak malu dengan pasangan dan saling menyayangi antara satu sama lain.

Kata Rosnah, jika terdapat perselisihan faham, mereka berdua memilih untuk berbincang dan bukan menyakiti antara satu sama lain.

Ketika ditanyakan mengapa Tajul jarang sekali dilihat bersama dalam mana-mana majlis keraian dan hiburan, Rosnah mendedahkan bahawa keputusan itu merupakan kehendak daripada suaminya sendiri.

“Dia tidak kisah untuk menemani saya walau ke mana sahaja pergi kecuali majlis hiburan. Suami tidak selesa menjadi tumpuan dan bukan seorang yang sukakan dunia glamor, selain mahu mengelakkan fitnah. Tak dinafikan, ada juga yang bertanya mengapa saya jarang membawa suami ke majlis hiburan dan menyangkakan saya sengaja mahu menyorokkan suami.”

Sempat berseloroh, Rosnah yang ditemui media itu menafikan bahawa dia menyimpan suaminya ‘dalam almari’ seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Perkembangan terkini, penyandang trofi Artis Komedi Wanita Popular ABPBH sebanyak empat kali ini berkata bahawa dia tidak pernah hilang daripada industri seni dan masih aktif dalam bidang lakonan.

Dia juga dikhabarkan baru sahaja menghabiskan penggambaran drama bersiri, Bujang Haji untuk siaran saluran TV Al-Hijrah sebelum PKP 2.0 dilaksanakan pada Januari yang lalu.

Terdahulu, Rosnah Mat Aris dan Tajul telah mendirikan rumah tangga pada 13 November 2008 bertempat di Masjid Al Khairiah Taman Sri Gombak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...