“Tak Sedap Diam Je!” – Michael Ang Kecam ‘Influencer’ Reviu Kedai Makanan Tak Kena Selera, Ibarat Tutup Periuk Nasi

Hiburan

“Tak Sedap Diam Je!” – Michael Ang Kecam ‘Influencer’ Reviu Kedai Makanan Tak Kena Selera, Ibarat Tutup Periuk Nasi

Pengarah dan juga pelakon, Michael Ang menerusi Instagram ada meluahkan rasa tidak puas hati terhadap ‘influencer’ atau pempengaruh media sosial yang melakukan ulasan makanan yang tidak ‘kena’ dengan tekak mereka sehingga memberi komen yang buruk.

Ujar Michael, mereka yang melakukan reviu makanan sepatutnya terus saja menegur tukang masak atau empunya kedai makan tentang kekurangan hasil masakan mereka.

Advertisement

Jelasnya, jika tidak sedap dan pensohor media sosial ini membuat ulasan di platform masing-masing, ia boleh menutup periuk nasi orang yang berniaga.

Kalau nak review makanan yang tak berbayar sebab beli sendiri, review saja la benda baik dan sedap. Ada juga faedah untuk kita.

Kalau benda tu tak sedap tak payah la post. Tu nama dia nak tutup periuk nasi orang, tak baik!

Tambah pengarah drama The Maid 2 itu lagi, selera orang adalah berlainan dan tidak perlu mempertikaikan rasa masakan setiap kedai itu.

Apa apa pun tekak manusia semua lain lain. Sedap untuk aku tak semestinya sedap untuk orang lain. Aku tak suka tempoyak berjuta lagi manusia luar sana love tempoyak!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Altimet Cukup sekali lah ahmd cat farish noki
1 year ago

Lah Ahmad, Cat Farish Dan Noki Buat Muzik Video Untuk BN, Nama Altimet Kena ‘Petik’ - “Hanya Cari Makan..”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...