Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pasti membuat ‘perancangan keluarga’ untuk kelangsungan hidup, namun ada juga sesetengah ibu yang ‘tidak sengaja’ positif mengandung.
Jika hal ini berlaku oleh sesetengah ibu, sudah semestinya mendengar nasihat daripada pihak berwajib sangat diperlukan tetapi kadang kala golongan seperti ini sering menambah tekanan yang sedia ada dilalui oleh si ibu.
Melalui perkongsiaan seorang ibu dua anak di TikTok baru-baru ini, dia memberitahu pengalaman yang kurang senang dilalui olehnya sewaktu mendapatkan nasihat oleh nurse serta doktor di sebuah Klinik Kesihatan (KK) kerana hamil jarak dekat.
Bagaimanapun, wanita tersebut berasa kurang senang apabila semua staf di KK tersebut curi-curi mendengar memandangkan meja masing-masing berdekatan.
Mana yang dok ada anak setahun satu tu? Tak sayang rahim ke..
Menurut wanita tersebut, lagi menyakitkan bila mendengar staf-staf tersebut mengumpat tentang dirinya ketika hadir setiap bulan untuk check up hinggakan sampai satu tahap sudah tidak tahan dan dia bersuara ingin mengugurkan anak dalam kandugan dengan nada yang kuat.
Meninjau di ruangan komen, sesetengah netizen turut bersependapat bahawa memang wujud staf-staf Klinik Kesihatan yang berperangai sedemikian tanpa memikir perasaan si ibu.
Dalam pada masa yang sama, mereka turut bersimpati terhadap wanita tersebut kerana terpaksa lalui dilema serta tekanan emosi semasa menghamilkan anaknya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.