“Tak Sangka Tua-Tua Masih Jadi Pelajar” – Sambung PhD, DS Ismail Sabri Pilih Tajuk ‘Tindakan Malaysia Dalam Perangi COVID-19’ Sebagai Tajuk Tesis

Gaya Hidup

“Tak Sangka Tua-Tua Masih Jadi Pelajar” – Sambung PhD, DS Ismail Sabri Pilih Tajuk ‘Tindakan Malaysia Dalam Perangi COVID-19’ Sebagai Tajuk Tesis

Bekas Perdana Menteri ke-9 Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini mengumumkan dia kembali bergelar mahasiswa apabila menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) tahun ini.

Ismail Sabri turut berkongsi berita gembira tersebut menerusi satu hantaran di Instagram di mana dia tampil berkongsi gambar kad matrik untuk tatapan pengikut media sosialnya.

Advertisement

Difahamkan, bekas Naib Presiden Umno itu menyambung pelajaran dalam peringkat Doktor Falsafah (PhD) di universiti tempatan itu.

Alhamdulillah hari ini dapat kad pelajar. Rasmi, hari ini saya jadi pelajar. Tak sangka tua-tua masih jadi pelajar. Inilah yang dikatakan belajar sepanjang hayat.

Sebelum ini, beliau merupakan graduan jurusan undang-undang di Universiti Malaya dan menjadi peguam pada tahun 1985 sebelum menceburi arena politik sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan dia memilih tajuk berkenaan tingakan Malaysia dalam memerangi COVID-19 sebagai tajuk tesis sepanjang pengajian.

Tesis saya mengenai tindakan Malaysia dalam memerangi COVID-19. Malaysia diiktiraf oleh WHO sebagai antara negar yang terbaik dalam memerangi wabak itu.

Menjengah ke ruangan komen hantaran Ismail Sabri itu, ramai netizen tampil mengucapkan tahniah dan selamat berjaya buat beliau kerana menyambung pengajian hingga ke tahap PhD.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zaiton Sameon Sudirman
2 months ago

Zaiton Sameon Dedah Pernah Diajak Kahwin Oleh Sudirman, Namun Enggan - "Macam Mana Aku Nak Kahwin Dengan Kau, Kau Kan..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...