“Tak Sangka Teruk Macam Ni..” – Selut Sampai Atas Pintu, Netizen Terkejut Kesan Banjir Di Pantai Timur

Kehidupan

“Tak Sangka Teruk Macam Ni..” – Selut Sampai Atas Pintu, Netizen Terkejut Kesan Banjir Di Pantai Timur

Satu perkongsian pengguna media sosial telah berjaya mencuri perhatian warga maya apabila perkembangan pasca banjir di negeri pantai timur dilihat sangat teruk dan kini difahamkan sedang dalam proses pembersihan akibat kerosakan yang berpunca daripada tragedi tersebut.

Bencana banjir yang melanda negeri Terengganu dan Kelantan terutamanya sepanjang minggu lalu telah mengakibatkan rumah dan kediaman penduduk setempat rosak teruk dan musnah.

Advertisement

Turut berlegar di media sosial sebuah video TikTok yang memaparkan keadaan rumah yang ditenggalami selut banjir sehingga melebihi paras pintu rumah.

Disebabkan oleh itu, penduduk yang ditemui hanya ‘pasrah’ dan reda kerana tidak dapat masuk ke dalam rumah sekaligus menyebabkan barang-barang peribadi dan harta benda juga tidak dapat diselamatkan.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai sebenarnya netizen yang tidak menyangka akan tahap kerosakan akibat banjir di negeri-negeri itu akan menjadi teruk seperti itu.

Malah, ada yang menyatakan kekesalan kerana tidak dapat menghulurkan bantuan sewajarnya kepada mereka yang terjejas.

Diharap bantuan dan pertolongan sebaiknya dapat diberikan kepada mangsa banjir, tidak kiralah dari pihak kerajaan ataupun rakyat sendiri.

Tiktok
2 years ago

(VIDEO) "Kena Halau Dari Rumah.."- Anak-Anak Tidur Tengah Panas, Ibu Kecewa Tak Mampu Beri Keselesaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...