“Tak Sangka Serendah, Sehina Itu Dia Pandang Saya” – Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar Secara Terbuka

Hiburan

“Tak Sangka Serendah, Sehina Itu Dia Pandang Saya” – Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar Secara Terbuka

Baru-baru ini, pelakon remaja Puteri Balqis ada meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelakon berumur 14 tahun kerana didakwa memerlinya secara tiba-tiba.

Melalui status yang dibuat oleh Puteri Balqis, ciri-ciri pelakon remaja itu seakan sama dengan Qistina Raisah dan netizen turut meninggalkan banyak komen di platform pelakon terbabit untuk memohon maaf kepada Aqish.

Advertisement

Pihak mStar telah menemubual Qistina untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan isu ini dan sememangnya Qistina terkejut timbul dakwaan bahawa berlaku perselisihan faham dengan Aqish.

Tidak mahu isu yang terjadi berpanjangan, Qis meminta agar pelakon remaja berumur 16 tahun perjelaskan hal sebenar secara terbuka dan memberitahu kepada umum bahawa semua yang berlaku adalah salah faham.

Jika benar apa yang diperkatakan itu adalah untuk saya, tidak sangka begitu sekali dia merendah dan menghina saya.

Dalam pada itu, Qistina turut meluahkan rasa kesal terhadap status yang ditulis oleh Aqish yang sanggup mengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap dirinya.

Tidak mahu kemelut yang terjadi tiada penghujung, Qistina Raisah akui dirinya terbuka untuk bekerjasama dengan Puteri Balqis dalam mana-mana projek selepas ini.

puteri balqis
2 years ago

“Tayang J*bo Hari-Hari, Berlakon Satu Award Pun Takde” - Diperli Tiba-Tiba, Puteri Balqis ‘Panas’ Dengan Pelakon 14 Tahun?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...