Baru-baru ini, nama pelakon popular awal 2000 telah menjadi perhatian ramai selepas seorang warganegara Korea Selatan berkongsikan pengalaman manis berkenalan dengan wanita tersebut.
Pelakon tersebut ialah Eja dan mereka telah bertemu sekitar tahun 2013.
Pelakon yang sangat ramah
Kata individu tersebut, walaupun pertemuan mereka tidak lama tetapi Eja melayani karenah dirinya dengan sangat ramah.
Seorang perempuan muslim dari Malaysia duduk di samping saya. Saya bantu angkat bagasi dia dan banyak berbual dengan dia. Dia baik sangat sebab nak berborak banyak dengan orang yang baru kenal.
Lelaki bernama Daniel itu berkata Eja mempunyai sifat yang sangat baik dan tidak sombong meskipun dia merupakan seorang selebriti tanah air yang dikenali ramai.
Saling ‘follow’ satu sama lain di Instagram
Hubungan mereka terjalin lebih baik selepas kedua-duanya mengikuti akaun Instagram satu sama lain.
Kemudian, kami saling mengikuti Instagram masing-masing dan ternyata dia seorang selebriti Malaysia, Eja. Selepas itu, kami sempat berjumpa lagi di Kuala Lumpur di lain waktu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengakui sikap Eja sangat baik dan ada juga berkongsikan pengalaman bertemu dengan aktres terbabit yang sememangnya tidak seperti selebriti-selebriti lain.