Jika sebelum ini drama terbitan Erma Fatima iaitu Perempuan Itu terpalit dengan kontroversi ‘panas’, namun kini drama berkenaan menjadi tumpuan sejak ia disiarkan pada 1 Jun lalu.
Dapat dilihat melalui platform TikTok, ramai pengguna berkongsikan beberapa klip pendek babak dalam drama tersebut, sekaligus memuji lakonan Mimi Lana sebagai Khalis dan Siti Hariesa sebagai Siera.
Kebanyakkan netizen yang meninggalkan respon pujian menyifatkan lakonan kedua-dua pelakon wanita tersebut sangat profesional serta berjaya memaparkan watak sebagai ‘isteri tersakiti’ dan ‘penyondol’.
Sebelum ini, Mimi Lana menerusi laman Instagram pernah berkata, biarpun drama Perempuan Itu pernah terpalit dengan kontroversi ‘panas’, tetapi banyak pengajaran tentang ilmu agama dan hak sebagai seorang wanita boleh diambil dalam drama tersebut.