Sejak namanya terpalit dengan kontroversi, isteri kedua kepada pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dilihat mendiamkan diri dan tidak aktif di media sosialnya.
Namun, baru-baru ini, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Binti Kazaruddin sekali lagi mencuri perhatian orang ramai apabila kakaknya, Yasmin Kazar memuat naik hantaran di Instagram Story.
Menerusi hantaran tersebut, Yazmin dilihat memuji sambal tumis yang dimasak oleh adiknya dan tidak menyangka adiknya itu mempunyai bakat memasak.
Tak sangka sedapnya ira masak.
Terdahulu, isteri pertama Syamsul iaitu Puteri Sarah Liyana enggan menarik semula saman terhadap keluarga Ira dan berkata dia akan tetap dengan pendiriannya.
Difahamkan, tuntutan saman itu dikeluarkan apabila keluarga Ira telah melanggar perintah injuksi pada Julai tahun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.