Tak Sangka! Rupanya Ramai Masih Keliru Cara Sebenar Baca Keputusan Kit Ujian Kendiri COVID-19

Berita

Tak Sangka! Rupanya Ramai Masih Keliru Cara Sebenar Baca Keputusan Kit Ujian Kendiri COVID-19

Peningkatan kes harian COVID-19 di Malaysia sejak minggu lalu sememangnya agak membimbangkan namun kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Tan Sri Noor Hisham di mana 99.5% kes adalah kategori 1 dan 2 barangkali membuatkan ramai yang menarik sedikit nafas lega.

Berikutan itu, KKM sentiasa menasihati semua masyarakat agar kekal dengan penjagaan SOP seperti menggunakan pelitup muka selain melakukan ujian kendiri sekiranya mempunyai gejala, kontak rapat kepada kes COVID-19 dan pernah berhimpun secara beramai-ramai.

Advertisement

Penjualan kit ujian kendiri juga sudah mula dijual secara murah dan boleh didapati dengan harga serendah RM6 di farmasi serta kedai-kedai serbaneka dan juga stesen minyak.

Namun begitu, perkongsian seorang doktor iaitu Dr Arvinder Singh Di Twitter mendedahkan bahawa sebenarnya masih ramai lagi yang keliru dan tidak mengetahui cara yang betul untuk membaca keputusan ujian kit kendiri tersebut.

Jelas Arvinder, jika satu garisan halus atau gelap muncul di bahagian bertulis ‘T’ di kit tersebut, maka keputusan adalah positif, dan jika hanya muncul satu garisan di bahagian ‘C’, ujian tersebut adalah negatif.

Dan jika hanya garisan di bahagian ‘T’ muncul tetapi tidak di ‘C’ atau tiada garisan langsung, maka ujian tersebut sebenarnya tidak sah dan anda perlu melakukan ujian sekali lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga yang bertanya mengapa hasil ujian kit kendiri menunjukkan positif namun apabila ujian PCR dilakukan, keputusan adalah negatif, seorang lagi doktor menjelaskan bahawa ujian PCR bukanlah ujian menentukan ‘ya’ atau ‘tidak’, sebaliknya ia menunjukkan skala di mana virus tersebut ada di dalam tubuh manusia namun jumlahnya terlalu sedikit untuk dianggap sebagai kes positif.

ft image
2 years ago

"SOP Pemeriksaan Suhu Dan Buku Rekod Dimansuhkan" - Hishammuddin Hussien

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...