Tak Sangka Raja Azmi Buka Cerita Pada Media – Eddie Ghazali

Hiburan

Tak Sangka Raja Azmi Buka Cerita Pada Media – Eddie Ghazali

Suami kepada Raja Azmi, Eddie Ghazali tidak menyangka isterinya akan membuka mulut kepada media mengenai keretakan rumah tangganya. Abang Nara suka dengan ketenangan Eddie mengharungi kemelut ini. Bagi Eddie, setiap perkahwinan ada pasang surut dan boleh diselesaikan menerusi perbincangan. Ternyata Eddie sebagai seorang lelaki menunjukkan daya kepimpinan yang tinggi dan tidak beremosi dalam membicarakan masalah rumah tangganya.

eddie crk

Advertisement

Raja Azmi sebelum ini membuat pengakuan yang hatinya telah tawar dengan perkahwinan mereka. Untuk makluman, mereka berdua telah bernikah pada 11 Oktober tahun lalu. Kata Eddie:-

Memang ada masalah dalaman, tapi saya tak sangka pula dia akan buka cerita pada media. Saya akui ada masalah sikit sekarang, tapi biasalah mana-mana pasangan berkahwin pun akan hadapi pasang dan surut. Bagi saya masalah ini boleh diselesaikan melalui perbincangan antara kami.

Tak perlulah isu dalaman dibawa keluar dari rumah untuk tatapan umum sebab saya percaya krisis ini boleh diselesaikan secara baik. Apa yang kami lalui sekarang, biarlah kami sekeluarga sahaja selesaikan sebab hanya kami tahu hal sebenar berlaku.

Saya taknak ulas secara terperinci apa masalah sebenar kerana ia hal peribadi kami. Biarlah ia jadi rahsia kami sekeluarga saja. Sebagai suami saya mahu menyelamatkan rumah tangga kami dan berusaha memulihkan semula apa jua masalah yang timbul. Saya harap semua pihak menghormatinya.

raja azmi

Hmmm. Biasalah wanita memang emosi dan lebih gemar berkongsi mengenai masalah rumah tangga dengan orang ramai. Selaku seorang suami, kaum Adam harus tenang dan tidak cepat melatah. Kalau ikutkan emosi, pasti akan berakhir dengan penceraian. Namun diharap Eddie berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan perkahwinannya dengan Raja Azmi. Sama-samalah kita doakan. Sumber Harian Metro.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...