Tak Sangka Nama Tercalon Dalam AME 2020, MUA Bellaz Luah Rasa Gembira,-“Saya Suri Rumah Kampung Saja..”

Hiburan

Tak Sangka Nama Tercalon Dalam AME 2020, MUA Bellaz Luah Rasa Gembira,-“Saya Suri Rumah Kampung Saja..”

Personaliti media sosial dan juga jurusolek terkenal, MUA Bellaz meluahkan rasa terkejut dan tidak percaya apabila mendapati dirinya telah tercalon dalam salah satu kategori Anugerah MeleTOP Era 2020 yang bakal berlangsung pada 20 Disember 2020 ini.

Menurut Bellaz atau nama sebenarnya, Nur Nabilah Zulyadaini,28, tercalon dan juga dijemput ke anugerah itu diibaratkannya sebagai mimpi yang telah menjadi kenyataan.

Advertisement

Dia dilihat telah memuat naik tangkap layar undangan berikut menerusi entri terbarunya di Instagram.

“Haaaa tudiaaaa ketaq dit dit (menggeletar) ni.. Maa abah tengok ni. Kak yang dulu-dulu ni maa. Rezeki kita mama, abah, suami ku. Tercalon pun Alhamdullilah dah.  Selalu tengok dalam tv ja..sebab saya bukan siapa-siapa, hanya suri rumah kampung biasa-biasa saja..”

Jurusolek yang namanya mula dikenali kerana sering mempamerkan tutorial solekan dalam media sosial itu difahamkan telah tercalon dalam Top 5 Anugerah Influencer AME2020.

Antara nama lain yang turut tercalon dalam kategori tersebut adalah Cupcake Aishah, Sofyank, Sterk Production dan Syahmi Sazli Production.

AME2020 kini kembali dengan tema Epik Glam dengan tagline yang tersendiri iaitu Yang Epik dan akan mempertaruhkan 15 kategori pencalonan. Anugerah tersebut akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada 20 Disember ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...