Pelakon berbakat Emelda Rosemila berkata dia kini tidak menyangka akan melibatkan diri dalam perniagaan melibatkan barang makanan kerana merasakan ianya sesuatu yang tidak mudah dan memenatkan.
Namun, disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan kini yang tidak membenarkan sebarang aktiviti seni dijalankan, Emelda mengambil keputusan untuk berniaga pula memandangkan terlalu lama duduk di rumah.
Tambah isteri kepada pelakon Adlin Aman Ramlee ini lagi, pulut dan rendang Perak merupakan makanan kegemaran dirinya dan dari situ tercetus idea untuk memulakan perusahaan makanan berasaskan pulut.
Menjelaskan mengapa dia memilih untuk menamakan resipi pulutnya sebagai Pulut Nenek Kebayan, Emelda menjelaskan nama itu dirasakan sesuai disebabkan ilmu yang ada pada sosok yang sinonim dalam lagenda Melayu.
View this post on Instagram
“Jangan lihat Nenek Kebayan itu sebagai benda yang negatif, pandang dan lihat Nenek Kebayan sebagai satu sosok yang penuh dengan petua-petua tradisi. Nama itu memang Mel dah park untuk food bisnes Mel dah lama, cuma belum start bila shooting, dah busy semua on hold..”
Meskipun berasa agak penat kerana ini merupakan pengalaman pertama dia memasak dalam kuantiti yang banyak, Emelda berkata perasaan itu serta merta hilang apabila ramai yang membuat tempahan dan memuji kesedapan Pulut Nenek Kebayan itu.
View this post on Instagram
“Masakan Mel ini dibuat dengan penuh kasih sayang, ramuan berkualiti dan bersih InsyaAllah. Mel pun dah upgrade peralatan hebat, semua dah besar-besar sebab order berterusan, kena cari formula memudahkan kerja.”
Sekadar info, kini ramai artis telah melibatkan diri dalam perniagaan berasaskan makanan seperti Zara Zya, Shima Anuar dan juga Sherry Alhadad.