“Tak Sangka Mereka Percaya Fitnah..” – Mak Wan Latah Dedah Kini Dibenci & Dipinggir Keluarga Sendiri

Hiburan

“Tak Sangka Mereka Percaya Fitnah..” – Mak Wan Latah Dedah Kini Dibenci & Dipinggir Keluarga Sendiri

Disebabkan kisah penceraian serta konflik yang melibatkan bekas pembantu peribadi (PA) mendakwa Mak Wan Latah membuat perbuatan syirik telah menyebabkan dirinya dipinggirkan oleh keluarga.

Melalui temubual bersama pihak mStar, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud berkata dia sama sekali tidak menyangka keluarganya akan termakan dengan fitnah serta hasutan yang menular di media sosial baru-baru ini.

Advertisement

Mak Wan dibenci dan tidak disukai oleh keluarga sekarang ini sebab jahat. Tapi Mak Wan tak jahat..

@_makwanlatahofficial Reply to @sijantunghati07 ? original sound – _makwanlatah

Menurutnya lagi, dia tidak mahu semua ini berlaku tetapi apabila sudah terjadi Mak Wan tidak menyangka keluarganya percaya dengan fitnah yang tersebar.

Difahamkan, temubual itu dilakukan semasa pihak mStar temuinya di sidang media teater Mak Cik Dara & Bawang yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada Khamis, semalam.

Sekadar info, nama Mak Wan menjadi topik utama bualan netizen selepas penceraiannya bersama bekas suami biarpun baru saja mendirikan rumah tangga selama tiga bulan dan isu selepas itu adalah berkaitan dengan video-video dimuat naik oleh bekas PA yang mendakwa pelakon veteran itu seorang panas baran serta membuat perbuatan syirik.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

5 bulan lalu

"Tak Mungkin Saya Suruh Dia Berlakon Macam Tu" - Bekas PA Mak Wan Nak Dedah Lebih Banyak Bukti Pada Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...