Tak Sangka! Jaafar Onn Didakwa Pernah Jadi Vokalis XPDC Dan Berduet Dengan Jason Derulo Di Wikipedia

Hiburan

Tak Sangka! Jaafar Onn Didakwa Pernah Jadi Vokalis XPDC Dan Berduet Dengan Jason Derulo Di Wikipedia

Gara-gara tangan ‘nakal’ pengguna media sosial, halaman Wikipedia pelakon senior, Jaafar Onn telah dicemari dengan beberapa info tidak tepat yang disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menerusi sebuah laporan media, halaman Wikipedia milik Jaafar Onn telah disunting dengan sengaja di mana latar belakang pelakon itu langsung tidak berkaitan dengan kerjayanya sebagai penghibur tanah air.

Advertisement
Jaafar OnnSumber : Google  

Antara info yang disunting adalah Jaafar Onn pernah berkolaborasi dan menghasilkan lagu bersama-sama kumpulan muzik Amerika Syarikat, Avenged Sevenfold dan juga Jason Derulo.

Malah, dia juga didakwa sebagai bekas ahli kumpulan XPDC dan turut serta menjadi mangsa suntingan tidak bertanggungjawab berkenaan adalah MK daripada kumpulan K-Clique.

Jaafar OnnSumber : Wikipedia  

Setelah diteliti, info-info palsu berkenaan sudah dikesan berada di halaman berkenaan sejak 27 Disember 2020 dan kali terakhir disunting pada 18 Mei 2021.

Yang pasti, perkara-perkara seperti itu dapat memburukkan imej Jaafar Onn sebagai artis senior dan veteran yang telah banyak menyumbang kepada industri hiburan tanah air.

Jaafar OnnSumber : Wikipedia  

Setelah mendapat perhatian media, ruangan Wikipedia milik pelakon sitkom popular Cili Padi itu telah disunting dan info yang terdapat di dalamnya sudah diperbetulkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...