“Tak Sangka Fatima Boleh Rakam Lagu Duet Dengan Mommy, Cutelah” – Fattah Amin

Hiburan

“Tak Sangka Fatima Boleh Rakam Lagu Duet Dengan Mommy, Cutelah” – Fattah Amin

Pelakon terkenal, Fattah Amin menzahirkan rasa tidak percaya apabila anak perempuannya, Nur Fatima Aisya tampil merakamkan lagu duet berjudul Raya Pum Pang Lagi bersama bekas isterinya baru-baru ini.

Fattah ketika ditemui media memuji kecomelan anak perempuannya itu selain bersyukur ramai menerima baik kemunculan sulung Fatima di dunia nyanyian.

Advertisement

Dia memang comellah. Saya memang tak sangka anak saya boleh rakam sebuah lagu duet dengan mommy. Cutelah.

Saya tengok ramai juga yang suka. Alhamdullilah tak sangka dia ada bakat menyanyi.

Dalam pada itu, pelakon filem Mat Kilau itu berkata dia akan sentiasa menyokong minat Fatima asalkan anaknya gembira.

fattah amin fatima

Dia memang kadang-kadang suka menyanyi lagu kanak-kanak. Lagu macam itu saya ada dengar dia humming dalam kereta.

Memang nampak dia suka menyanyi tapi saya pun tak sangka sampai rakam lagu.

Asalkan Fatima gembira saya okay saya. Sebagai ayah sudah tentu saya pun tumpang gembira.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bossned nadia brian
2026-03-06 15:50:11

Nadia Brian Dan Nedim Dah Padam Foto Bersama, 'Unfollow' Media Sosial Masing-Masing - "Doakan Yang Baik-Baik.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...