“Tak Sangka Dihargai Sebegini Rupa” – Uncle Mike Terima Anugerah Maulidur Rasul, Jaga 3 Anak Angkat Muslim Sejak 16 Tahun Lalu

Kehidupan

“Tak Sangka Dihargai Sebegini Rupa” – Uncle Mike Terima Anugerah Maulidur Rasul, Jaga 3 Anak Angkat Muslim Sejak 16 Tahun Lalu

Uncle Mike atau nama sebenarnya Michael Tong Wai Siong,55, meluahkan rasa terkejut dan terharu apabila menerima Anugerah Maulidur Rasul pada tahun ini.

Kisah Uncle Mike yang menjadi tular kerana menjaga tiga anak lelaki beragama Islam sejak 16 tahun lalu telah melayakkan beliau untuk menerima anugerah tersebut.

Advertisement

Mengimbas kembali, Uncle Mike kerap melakukan kerja kebajikan dan mengikuti program rumah amal melalui kelab kereta yang disertainya dan telah menemukan dia dengan tiga anak lelaki melayu itu.

Dia yang menerima anugerah tersebut turut mendapat peluang yang tidak boleh dilupakan apabila Yang di-Pertuan Agong sendiri berkenan untuk menyampaikan anugerah tersebut.

Sukar untuk saya gambarkan perasaan saya ini, terharu dan gembira bercampur baur. Tidak pernah sangka saya dari keluarga yang biasa ini dapat penghargaan sebegini rupa.

Penghargaan ini memberi inspirasi dan motivasi kepada saya untuk terus melakukan kebajikan dan tolong lebih ramai yang memerlukan.

Difahamkan, Uncle Mike mengambil Rafei Ahmad Fauzi sebagai anak angkat ketika dia berusia 12 tahun. Namun, kerana tidak sanggup melihat dua lagi adik Rafei bersedih disebabkan perlu berpisah, lelaki itu akhirnya mengambil keputusan untuk menjaga ketiga-tiganya.

Uncle mike terima anugerah maulidur rasul

Rafei,29, dan dua lagi adik, Rasyid,28, dan Abdul Rahman,24, sudah bersama Uncle Mike sejak 16 tahun lalu dan mengakui masih menyayangi ayah angkat mereka meskipun berlainan bangsa dan agama..

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dya content- ibu anak pov suami isteri mohon maaf
2 months ago

"Saya Dah 'Consult' Wakil TikTok, Polis Dan Peguam Sebelum Buat Content" - Video 'POV' Suami Isteri Guna Anak Bawah Umur Dikecam, Wanita Beri Penjelasan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...