Sebut tentang pekerjaan, ia merupakan satu topik yang sensitif untuk seseorang bercakap tentangnya. Lagi-lagi jika perkataan ataupun statement yang dikeluarkan seperti mencemuh atau mengherdik pekerjaan individu tersebut.
Baru-baru ini, tular satu video di platfrom media sosial memaparkan seorang wanita menghina pekerjaan bekas kekasihnya hanya kerana lelaki terbabit bekerja di kedai serbaneka.
— brgsjks (@brgsjks) February 2, 2023
Difahamkan daripada hantaran tersebut, wanita serta bekas teman lelakinya itu pernah berjanji sebelum ini untuk bekerja sebagai seorang guru sebelum berkahwin.
Bagaimanapun, kisah percintaan mereka yang tidak berkekalan membuatkan masing-masing mengikut haluan sendiri dan kini, lelaki terbabit bekerja di sebuah kedai serbaneka terkenal.
Tindakan wanita berkenaan mengeluarkan kata-kata seperti itu membuatkan para netizen berasa kurang senang dengannya dan rata-rata menegur individu terbabit untuk tidak terlalu menilai manusia dari segi pekerjaan mereka kerana mungkin mereka lebih bagus dari yang lain.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.