“Tak Sangka Astro Tertarik Dengan Idea Saya” – Bermula Dari TikTok, Ryan Bakery Kini Bergelar Pengarah

Kehidupan

“Tak Sangka Astro Tertarik Dengan Idea Saya” – Bermula Dari TikTok, Ryan Bakery Kini Bergelar Pengarah

Kalau sebut saja nama Ryan Bakery, pasti sudah ramai yang mengenali pempengaruh itu melalui konten-konten hiburan yang sering dipamerkan di platform TikTok.

Drama pendek Budak Bedak The Series

Sempena bulan Ramadan, Ryan bersama rakannya iaitu Wan Chai, Yeett, Black, Adam Bakery dan Farihin Arnia muncul di kaca televisyen melalui drama pendek berjudul Budak Bedak The Series, dimana ia akan disiarkan di Astro Gempak.

Advertisement

Budak Bedak The Series asalnya bukanlah untuk Ramadan, tetapi lebih kepada perkongsian doa harian dan kejadian berlaku di kelas mengaji.

Ryan turut meluahkan rasa terkejut apabila pihak Astro menerima ideanya dengan baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Endy (@wanchaileii)

Pengalaman duduk di kerusi pengarah

Dalam pada itu, Ryan atau nama sebenarnya, Muhammad Ryan Fahmi Bakery berkata duduk di kerusi pengarah merupakan pengalaman yang menyeronokkan biarpun pada mulanya berasa kekok.

Menurut Ryan, selama ini dia hanya mencipta kandungan untuk dimuat naik di platform media sosial, jadi pempengaruh itu merasakan perbezaan apabila menjadi pengarah.

Perkembangan lain, Ryan Bakery memberitahu sejak bergelar bapa dua bulan yang lalu, jadualnya amat padat kerana terpaksa bercuti untuk memberi fokus kepada isteri yang baru bersalin.

Ryan Adam bakery
6 months ago

"Tak Rasa Apa, Kami Bukan Penyanyi.." - Dikritik Nyanyi Tak Sedap Di Famili Duo, Ryan Bakery Beri Respon..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...